Sunday 26 October 2014

http://www.cikguhailmi.com/2013/12/pbs-sains-tingkatan-3-senarai-tugasan-band-6.html

Thursday 2 January 2014

Nota Sistem Respirasi Manusia

 TAJUK : SISTEM RESPIRASI MANUSIA




1. Sistem ini membantu kita untuk bernafas.
2. Sistem respirasi terdiri dari:
a. Organ pernafasan iaitu hidung, rongga hidung, trakea, bronkus, bronkiol dan
alveolus.
b. Tulang rusuk
c. Otot intercostal dalam dan luar
d. diafragma
3. Pergerakkan udara memasukki Peparu:
HIDUNG       TRAKEA               BRONKUS            BRONKIOL        ALVEOLUS






MEKANISMA PERNAFASAN

Mekanisma pernafasan terbahagi kepada dua iaitu menyedut nafas dan menghembus nafas.
1. Proses Menyedut Nafas
a. Sangkar tulang rusuk bergerak ke atas dan keluar
b. Diafragma mengecut, bergerak ke bawah dan mendatar
c. Rongga toraks menjadi lebih besar (isipadu bertambah)
d. Tekanan udara dalam rongga toraks berkurang (lebih rendah dari luar)
e. Udara masuk ke peparu

2. Proses Menghembus Nafas
a. Sangkar rusuk bergerak ke bawah dan ke dalam
b. Diafragma mengendur dan melengkung ke atas
c. Rongga toraks mengecil (isipadu berkurang)
d. Tekanan udara dalam rongga toraks bertambah
(lebih tinggi dari luar)
e. Udara keluar dari peparu